Agong, TPM Hadir Doa Selamat Sempena Hari Pahlawan 2015

371
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Khamis malam berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Hari Pahlawan 2015 di Masjid Negara di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Majlis bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad itu diadakan bagi memperingati jasa dan pengorbanan anggota keselamatan.

Hari Pahlawan disambut setiap31 Julai bagi memperingati perjuangan para pahlawan negara demi kemakmuran dan kedaulatan negara.