Agong Selesai Jalani Rawatan Di IJN

70
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Istana Negara mengesahkan pada Sabtu.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 87, pada Khamis lepas telah berangkat ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas selesai membentangkan Bajet 2016 di Parlimen petang semalam, turut bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi baginda.