Adenan Umum 10 Calon SUPP

251
0
SHARE

PETRA JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebentar tadi mengumumkan 10 calon dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

Selain Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian yang bertanding di kerusi DUN Batu Kawa, turut diumumkan nama Milton Foo Tiang Wee (Pending), Peter Pau (Padungan), Sih Hua Ting (Batu Lintang) dan Wilfred Yap Yau Shin (Kota Sentosa).

Turut diumumkan Datuk Francis Harden Hollis dan Datuk Lee Kim Shin, masing-masing dikekalkan bertanding di DUN Simanggang dan DUN Senadin. Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pula dipilih sebagai calon bagi DUN Pissau, diikuti Lo Khere Chiang (Batu Kitang) dan Chieng Buong Toon (Bukit Assek).

Adenan berkata, calon bagi kerusi DUN Repok, calonnya hanya akan diumumkan esok pada majlis rasmi yang bakal dihadirinya.