Ada Hasrat Untuk Tangkap Saya – Tun M

875
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya terdapat hasrat untuk menyumbat beliau ke penjara.

“Ketua penerangan (Umno) yang baru kata saya lakukan ini kerana saya mahu ditangkap. Ini jelas boleh jadi satu amaran dengan hasrat untuk menangkap saya,” tulis Mahathir di blog beliau hari ini.

Ini berikutan kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan Mahathir mahu pihak berkuasa menahannya bagi mendapatkan sokongan dalam perjuangannya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berikutan kenyataan Annuar, beberapa laporan polis dibuat terhadap blog Mahathir. Manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan sedang dijalankan terhadap laporan tersebut.