Abang, Adik Bertemu Selepas 44 Tahun Terpisah

55
0
SHARE

BATU KURAU: Tepat jam 10 pagi tadi menjadi detik pertemuan bersejarah buat dua beradik warga emas, Hasan dan Yahya Ahmad setelah terpisah hampir 44 tahun.

Detik pertemuan yang diatur di Arena Batu Kurau itu mengundang suasana pilu di kalangan ahli keluarga terutama apabila Hasan yang setia menanti sejak jam 8.30 pagi terus menerpa memeluk  Yahya.

Yahya, 70, hilang tanpa khabar berita setelah berhijrah ke Sabah ketika berusia 26 tahun untuk bekerja.

Sejak itu, usaha abangnya, Hasan, 74, menjejaki Yahya menemui jalan buntu sehinggalah permintaan adiknya untuk pulang ke kampung halaman menjadi viral di laman sosial Facebook pertengahan November lepas.

Usaha kemudiannya digerakkan Adun Batu Kurau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membawa pulang Yahya dari Tawau ke kampung kelahirannya, Kampung Changkat Lobak, di sini.

Yahya tiba dari Tawau bersama seorang anak lelakinya ke Batu Kurau malam tadi.‎ – SINAR