8 Disyaki Pengganas Ditahan – KPN

38
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan warga tempatan termasuk dua penjawat awam kerana disyaki menjadi ahli kumpulan pengganas, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya menahan semua suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun itu dalam beberapa operasi serentak di Selangor, Perak dan Johor.

“Siasatan dilakukan mendapati enam suspek disyaki anggota Tanzim Al-Qaeda Malaysia manakala dua lagi mempunyai kaitan dengan militan Negara Islam (IS).

“Semua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.