7 Pemimpin UMNO Dipantau Untuk Diambil Tindakan – Ku Nan

151
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tujuh pemimpin Umno sedang dipantau dengan kemungkinan tindakan disiplin diambil terhadap mereka, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan hari ini

Beliau tidak menjelaskan siapa atau mengapa mereka dipantau, tetapi membuat pendedahan ini ketika menjawab soalan mengenai sama ada parti Melayu itu akan mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkali-kali menggesa peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.

“Terdapat 7 pemimpin yang sedang dipantau. Jika terdapat keperluan mengambil tindakan (terhadap mereka), kami akan menghantar kertas siasatan kepada lembaga disiplin,” kata Tengku Adnan pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi anggota Umno terkemuka yang berhadapan masalah dengan parti baru-baru ini ialah bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah yang dikecam dan menerima surat tunjuk sebab kerana menghadiri mesyuarat parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan, di mana pakatan pembangkang baharu iaitu Pakatan Harapan diumumkan. – INSIDER

SHARE
Previous articleTiada Perpecahan Dalam PKR – Azmin
Next articleKehadiran Ribuan Penyokong Bukti Rakyat Mahu Najib Terus Pimpin Negara