32 Kawasan Kekal IPU Tidak Sihat Hingga 10 Malam

22
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 kawasan kekal mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak jam 6 petang hingga 10 malam tadi.
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga 10 malam, Kangar merekodkan bacaan tertinggi iaitu 188.
Kawasan lain yang mencatatkan bacaan tidak sihat adalah Seberang Jaya 2 dan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan 187, Pelabuhan Klang (186) dan Langkawi (181), Bakar Arang, Sg Petani (177), Alor Setar (174), Seri Manjung (173), SK Jalan Pegoh (170). Sri Aman (165), Perai dan Putrajaya masing-masing dengan bacaan (157), Batu Muda (155), Jalan Tasek (156), Tanjong Malim (136), Samarahan (132) dan Kuching (131).
Sebanyak 20 lagi kawasan berada pada tahap sederhana. Tiada bacaan IPU untuk kategori baik dan sangat tidak sihat direkodkan setakat ini.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.