220 Maut, 450 Cedera Dalam Rempuhan Jemaah Haji Di Mina

233
0
SHARE

Haji2015_MinaMINA: Sekurang-kurangnya 220 orang maut dalam insiden rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis, kata pertahanan awam Arab Saudi.

Laporan turut mengatakan kira-kira 450 orang cedera dalam insiden di 204th Street di Mina, di luar Makkah ketika jutaan jemaah sedang mengerjakan haji.

Media Arab Saudi, Saudi Gazette melaporkan seramai 4,000 anggota perkhidmatan awam digerakkan ke lokasi kejadian membabitkan lebih 220 ambulans.

Pasukan perkhidmatan awam mengarahkan jemaah ke laluan alternatif.

SHARE
Previous articleTolak Sentimen Agama, Kaum Untuk Raih Sokongan Rakyat
Next articleAngka Korban Meningkat Kepada 310 Orang Dalam Insiden Rempuhan Di Mina