1MDB Lunas Hutang RM 950 Juta Kepada Kerajaan

131
0
SHARE

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerusi anak syarikatnya Plenitude Mentari Sdn Bhd, sudah membayar semula sepenuhnya jumlah pokok dan faedah untuk Kemudahan Kredit Tersedia bernilai RM950 juta kepada kerajaan.

1MDB dalam satu kenyataan berkata, pinjaman itu diberi kepada Plenitude Mentari Sdn Bhd pada 27 Februari 2015 susulan daripada kajian strategik yang diumumkan pada 18 Februari 2015, sebagai tindak balas langsung kepada ketidakpadanan tunai dihadapi syarikat berkenaan.

Katanya, Kemudahan Kredit Tersedia itu membantu menstabilkan syarikat yang pada ketika `diserang secara bertubi-tubi’ oleh pelbagai pihak dan tidak mempunyai pilihan pembiayaan lain.

“Dengan kestabilan itu, 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dapat merangka dan melaksanakan pelan rasionalisasi, yang mana kejayaannya membolehkan Kemudahan Kredit Tersedia ini dibayar sepenuhnya,” kata syarikat itu di sini, hari ini.