1MDB Jual 60 Peratus Ekuiti Bandar Malaysia

138
0
SHARE

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham dengan menjual 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium bernilai RM7.4 bilion, langkah terakhir dalam pelan rasionalisasi tersebut.

Pembeli tersebut, sebuah konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd, merupakan usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan 1MDB sebelum bermulanya majlis pada pagi Khamis, berkata perjanjian itu menandakan pencapaian terakhir dalam pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei lalu.

Menurut kenyataan itu, IWH-CREC Consortium menilai penuh 100 peratus tanah Bandar Malaysia yang terletak di Sungai Besi pada harga RM12.35 bilion.

“Oleh itu, nilai bersamaan 60 peratus tanah adalah RM7.41 bilion dan 1MDB dan menerima deposit 10 peratus atau RM741 juta selepas pelaksanaan perjanjian.

“Urus niaga transaksi ini dijangka lengkap menjelang hujung Jun tahun depan,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian urus niaga, di sini, pada Khamis.