18 Ditahan Ekoran Video Melibatkan Ahli Geng 24 Tular – KPN

81
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan lapan belas orang atas penglibatan mereka dengan aktiviti Geng 24.

Ia susulan dua video yang memaparkan sekumpulan orang yang menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang yang menjadi tular di media sosial.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter berkata 13 pelajar dan 5 bukan pelajar telah ditahan.

“Ramai lagi akan ditangkap kerana terlibat dengan Geng 24,” katanya di Twitter.

Video pertama menunjukkan sekumpulan orang menjerit sambil memegang kain rentang tertera ’24’ dan ’TD4’.

Video kedua pula menunjukkan kek beserta tulisan ‘SMK Sri Andalas’, ’24’ dan Apache’.