158 Diselamatkan, Feri Filipina Tenggelam Di Semporna

124
0
SHARE

KOTA KINABALU: Sejumlah 158 orang telah diselamatkan selepas feri MB Juhairi yang berpangkalan di selatan Filipina tenggelam selepas berlanggar dengan tongkang berhampiran pelabuhan di Semporna pada pukul 8 malam Rabu.

Berdasarkan laporan yang diterima setakat ini, hanya sembilan orang diberikan kemudahan perubatan sebagai pesakit luar di hospital Semporna.

 Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Peter Umbas berkata mereka percaya kebanyakan mangsa telah diselamatkan dan kapal itu telah tenggelam perlahan-lahan setelah mengalami kebocoran akibat perlanggaran.

“Pelbagai agensi berada di tempat kejadian dan operasi masih diteruskan, ” katanya ketika dihubungi pada pukul 11 malam.

Difahamkan bahawa feri itu meninggalkan pulau Bongao di selatan Filipina menuju ke Semporna pada pukul 2 petang Rabu dan baru tiba di Semporna apabila ia berlanggar dengan sebuah tongkang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, dan bomba adalah antara agensi-agensi yang berada di tempat kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

“Kebanyakan mangsa dapat dibawa keluar tanpa luka memandangkan feri itu tenggelam perlahan-lahan walaupun ada yang mengalami beberapa kecederaan kecil semasa perlanggaran, ” kata saksi.

Peter berkata polis turut menyiasat kejadian itu di mana feri itu telah dilanggar dari belakang.- MSTAR

SHARE
Previous articleSertai TPPA Awal, Lebih Kelebihan – Mustapa
Next articleKemarahan Melayu Kepada DAP Meningkat – Kajian